Old Days.





Assalamualaikum.


Hey there... Pertama sekali aku ucapkan trimas kerana sudi membaca blog picisan aku.


.


.


.


.


Old Days. Itu ayat penyata.


Rindu zaman dulu-dulu. Zaman aku masih kecil. Suci. Polos. Benci pada perkara yang sedang menghanyutkan aku sekarang. Salah satu sebab aku benci kehidupan aku yang kini. Pfft.


Dulu-dulu cikgu aku selalu kata - "Nanti bila korang dah besar, korang akan rindu zaman kanak-kanak. Sekarang ya lah sibuk sangat tak sabar nak habis belajar,"


Dulu aku tak percaya.


Tapi sekarang aku rindu dengan kenangan lalu aku. Aku percaya semua orang begitu. Kan?


Mungkin bila kau baca ayat yang aku karang ini, kau teringat zaman lalu yang kau rindui. Zaman lalu - zaman kanak-kanak, zaman mengusyar crush, zaman rapat dengan best friend, zaman jatuh cinta, zaman patah hati, zaman bersama-sama dengan insan kau sayang dalam dunia.


Serius. Aku terlalu rindu.


Kalau kenangan boleh ditukar dengan wang atau harta. Mesti kau dan aku akan lakukan apa sahaja demi masa yang telah berlalu.


Apa-apapun ingatlah. Setiap detik yang kita lalui, semuanya akan jadi kenangan. Pengalaman yang kita lalui akan membentuk diri kita sendiri. Manakala akidah yang dipegang pula, menjadi tali tempat kita bergantung daripada dihanyut arus dunia.


Masa lalu mungkin kelihatan polos. Tapi punyai sejarah jahiliah. Sedangkan masa kini begitu menyakitkan, sekaligus mengajar kau dan aku agar kembali kepada-Nya. Allahu... Aku tak alim. Tapi ini peringatan buat kau dan aku yang mungkin tidak dapat move on daripada masa lalu yang terus merantai diri daripada berevolusi ke arah yang lebih baik.


Ingatlah jika kau bersendirian mengelamun masa lalu. Jangan pula kau persiakan sisa detik waktu yang ada kini. Semoga kita sentiasa saling mengingati dan menasihati kerana Lillahi taala. Insyaallah.


Sesungguhnya aku menulis demi memperingati diriku jua.
Sayonara.
YAHA

Comments

  1. yes, true. I missed my old time so much. Masa kecik yang tak banyak msalah. Masa kecik jealous tengok abang kakak ade duit boleh beli macam macam, nak cepat ade keja nak ade duit sendiri tapi bila dah besar baru sedar komitmen jadi org dewasa lagi besar. really missed the old day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah... tq so much... Semoga kita akan sentiasa menghargai setiap detik yg kita ada sekarang ^^

      Delete
  2. terasa banyak pula tanggungjawab sekarang ni T_T apa punn ia menjadikan kita lebih tabah dan kuat dalam mengharungi hari hari yang mendatang :D
    follow yang hamimi #1

    ReplyDelete

Post a Comment